Saya Bukan Orang Luar Kuamut, Kata Juhari

JJ.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Calon BN di DUN Kuamut, Datuk Juhari Janan menyangkal dakwaan beliau ialah orang luar kerana bukan berasal dari Kuamut.

“Saya pasti mereka sebenarnya tidak tahu asal-usul saya, yang mana nenek moyang saya juga berasal dari Kampung Tengara, Inarad, Kuamut dan dari suku kaum Sungai dan Murut,” katanya ketika melawat pusat daerah mengundi Inarad di Kuamut malam tadi.

Beliau berharap pengundi tidak tersalah pilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

Katanya, BN terbukti banyak membantu rakyat, termasuk di kawasan luar bandar seperti Kampung Inarad di Kuamut.

Beliau berjanji akan berusaha membawa pembangunan dan kemudahan asas yang diperlukan kepada Kampung Inarad, termasuk jalan raya, klinik kesihatan, bekalan elektrik dan air, jika menang pada 26 Sept ini.-FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top