“Saya Bukan Lagi ADUN Bebas,” Kata Masiung

masiung-1.jpg

Datuk Masiung Banah (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Saya tidak akan menoleh kiri dan kanan lagi, cukuplah jadi buruan parti-parti politik selama tiga tahun.

“Kali ini saya bukan lagi wakil Bebas. Saya sudah sah menerima jawatan Naib Presiden PGRS (Parti Gagasan Rakyat Sabah), ” kata Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Beliau ditemui semalam, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, selepas mengetuai rombongan pegawai kerajaan dan pemimpin tempatan Tongod dalam lawatan enam hari di Manila.

Wujud spekulasi kononya beliau enggan menerima jawatan tertinggi parti tempatan pimpinan Ketua Menteri yang juga Presiden PGRS, Datuk Seri Hajiji Noor, walaupun nama beliau telah disenaraikan bersama dua lagi penyandang jawatan Naib Presiden PGRS.

“Jangan dengar khabar angin bos… kepercayaan Ketua Menteri kepada saya dalam PGRS harus digalas dengan penuh amanah, ” ujarnya ketika diajukan soalan mengenai spekulasi itu.

Masiung berkata, beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut kerana berada di luar negara hampir seminggu.

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut selama lima penggal itu berazam memainkan peranan aktif membantu pucuk pimpinan parti tempatan itu di peringkat domestik dan nasional.

Saya merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri yang juga Presiden PGRS kerana membawa saya dalam wadah perjuangan baharu.

Saya berazam melakukan yang terbaik membantu presiden dan kepimpinan tertinggi untuk memperkasakan parti,” katanya.

Masiung berterima kasih kepada warga Kuamut yang sentiasa menyokong dan turut memberi peluang kepadanya menentukan hala tuju politik.

Sebaik sahaja mendapat arahan, kita akan memperluaskan sayap PGRS di semua peringkat berdasarkan perlembagaan parti,” katanya.

Pemimpin berusia 51 tahun itu mengejutkan politik Sabah apabila memenangi DUN Kuamut atas tiket Bebas pada pilihan raya umum negeri ke-14.

Masiung kemudianya menjadi Wakil Rakyat Bebas mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum dilantik Pengerusi GRS parlimen Kinabatangan pada Julai 2022.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bertaraf menteri itu pernah ditawarkan beberapa jawatan tertinggi parti-parti tempatan dan nasional, namun menolak untuk kekal sebagai anggota Bebas sehingga dilantik menduduki kerusi Naib Presiden PGRS oleh Ketua Menteri Sabah minggu lalu. – SABAHitz On9 TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top