“Saya Bukan Bercakap Dengan Anak Raja Tapi Pemilik kelab JDT” – Sanusi

sanusi-mb.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: “Saya Presiden KFA, dia (Tunku Ismail) pemilik kelab JDT, saya ada hak (bercakap). Saya bukan bercakap dengan anak raja, saya cakap dengan pemilik kelab JDT, jangan kata saya derhaka pulak.

“Main bola apa kira derhaka tak derhaka. Kalau tidak nak score (jaring) gol kena angkat sembah dulu, mampuih lah kita, nak buat macam mana. Main bola cara bola lah, jangan dok ambil hati pulak, jangan dok heret bola masuk istana,” kata Datuk Seri Sanusi Md. Nor.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menegaskan beliau mempunyai hak untuk bercakap mengenai bola sepak dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menegaskan, beliau dan Tunku Ismail adalah sama rata ketika berada di padang bola.

Sanusi berkata demikian pada sidang akhbar secara dalam talian selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Khamis. – Suara TV


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top