‘Saya Bersimpati, Tapi Polis Kena Ambil Tindakan’

pesuruhjaya-polis-sabah.jpg
Kongsi Bersama

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali hari ini mempertahankan keputusan pegawainya untuk mengeluarkan denda RM1,000 ke atas lapan individu yang membuat perjalanan bersama untuk membeli makanan.

Menurut Free Malaysia Today, lapan orang – termasuk pemandu ‘kereta sapu’ – dalam perjalanan pada 27 Januari dari sebuah kampung pedalaman yang tidak disebutkan namanya ke bandar Tenom ketika mereka dikenakan denda.

Hazani memberitahu wartawan di Kota Kinabalu hari ini bahawa pemandu seharusnya memberi nasihat kepada penduduk kampung agar tidak melanggar larangan perjalanan atau menawarkan untuk membuat perjalanan secara berasingan.

“Saya sangat bersimpati kepada penduduk kampung ini, mereka tidak tahu sangat (berkenaan SOP) tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu yang mahu mengaut untung lebih, polis kena ambil tindakan,” katanya seperti dilapor.

Hazani berkata video tular mengenai kejadian itu solah-olah “provokasi” terhadap polis.

Jelasnya, polis sering menggunakan budi bicara ketika menjalankan tugas.

 

Baca seterusnya di: Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top