“Saya Akan Lakukan Yang Terbaik Untuk Tingkatkan Mutu Pendidikan Khususnya Di Sabah, Sarawak.” – Mohamad Alamin

mohamad-alamin-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata, beliau amat menghargai kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk beliau menganggotai barisan Kabinet Persekutuan buat kali pertama.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Mohamad memberi jaminan akan berusaha melakukan yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.

“Saya akan akan cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan mutu pendidikan khususnya di Sabah dan Sarawak dapat dipertingkatkan.

“Saya juga akan memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah daif yang banyak terdapat di Sabah dan Sarawak akan turut diberi perhatian,” katanya.

Mohamad antara enam ahli Kabinet Persekutuan baharu yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dari Sabah.

Empat yang lain adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top