Sarul Bariyah Wanita Pertama Dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah

Setiausaha-Persekutuan-Sabah.jpg

Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Sarul Bahiyah sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah (tiga kiri), Datuk Dr Zulkapli Mohamed (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong (kanan).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Sarul Bahiyah Haji Abu dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu berkuat kuasa 21 Feb 2022.

Beliau mengambil alih jawatan Datuk Dr Zulkapli Mohamed yang telah dinaikkan ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah memperkenalkan Sarul Bahiyah, yang merupakan bekas Setiausaha Kementerian Kesihatan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top