Sarjan miliki wang tunai RM3,313 ketika buat sekatan jalan raya

polis.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Saeorang sarjan polis diambil tindakan selepas didapati memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 ketika mengadakan sekatan jalan raya di sini, pagi semalam.

HMetro dalam laporannya semalam memetik Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan sebagai berkata, wang tunai itu ditemui oleh sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang menjalankan pemantauan.

“Saya mengesahkan pemeriksaan itu dijalankan pihak JIPS di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 2.30 pagi terhadap sebuah unit trafik yang sedang menjalankan Op Alkohol di sini.

“Pemeriksaan dijalankan pasukan JIPS mendapati seorang daripada anggota trafik terbabit memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 dan juga RM404 tunai yang ditemui di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sumber wang tunai terbabit membabitkan unsur rasuah atau pun tidak.

Katanya, kesemua anggota terbabit kini sedang disiasat dan akan dikeluarkan daripada tugasan penguat kuasa sehingga siasatan selesai.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top