Saringan Kesihatan Percuma Di Kg Serusup, Tuaran Sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

prof-helen-lasimbang.jpg

Helen

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan mengadakan saringan kesihatan percuma di Kampung Serusup, Tuaran pada hari ini (Jumaat) dan esok.

Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Lasimbang berkata, program itu diadakan sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) merupakan initiatif KPT untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama yang berjauhan daripada kemudahan kesihatan.

“Beberapa perkhidmatan bergerak telah dirancang menjadi satu program khas yang meliputi pemeriksaan kesihatan, pergigian, pemeriksaan mata serta saringan telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk warga kampung yang terdapat kekangan untuk mendapatkan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan.”

“Pada masa yang sama program selama dua hari ini juga turut diisi dengan konsultasi pegawai perubatan dan preskripsi ubat-ubatan secara percuma,” katanya.

Helen berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, program itu akan dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Justeru, beliau mengalu-alukan penduduk sekitar Kampung Serusup untuk hadir dan memanfaatkan segala perkhidmatan yang disediakan HUMS.

“Saya juga ingin berpesan agar orang ramai yang hadir sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Anda digalakkan untuk memakai pelitup muka, kerap sanitasi tangan dan amalkan penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

“Mari bersama menerapkan konsep Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikberatkan Keterangkuman (Inclusivity), Kebersamaan (Common Ground) dan Kesyukuran (Contentment),” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top