Sarifuddin Hata Sanggah Kenny Chua, Tak Timbul Soal Shafie Takut Singgung Perasaan Tun M

sarifuddin-n-kenny-chua.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiada asas untuk mengdakwa bahawa bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak berusaha mendapatkan cukai jualan ke atas produk petroleum sebanyak 5% kerana beliau bimbang akan menyinggung perasaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Adun Merotai mewakili Warisan, Sarifuddin Hata mempertahankan presiden partinya itu susulan kenyataan bekas pembantu menteri kewangan Sabah Kenny Chua berhubung isu itu.

Kelmarin, Chua bersetuju dengan dakwaan Adun Tulid dari STAR Flovia Ng, yang berkata, Shafie enggan memperjuangkan perkara itu sehingga selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari tahun ini.

Bagaimanapun Sarifuddin, yang juga pembantu menteri kewangan negeri kedua dalam Kabinet Shafie, menyelar bekas sekutunya itu dengan berkata, kurang perbincangan mengenainya adalah disebabkan oleh rundingan berterusan mengenai Perjanjian Malaysia (MA63).

“Walaupun rang undang-undang untuk mengenakan cukai jualan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 2 Dis, 2018, negeri tidak mengenakan cukai ke atas syarikat minyak dan gas serta merta kerana terdapat jawatankuasa khas Kabinet berhubung MA63 pada masa itu.

“Pada masa itu Dr Mahathir sendiri mempengerusikan jawatankuasa itu dan kita tahu bahawa 17 isu (daripada 21) dipersetujui, manakala beberapa perkara (4) masih dalam perbincangan,” katanya kepada FMT.

“Jadi, bukan Shafie tidak mahu mengenakan cukai jualan seawal 2019 selepas undang-undang itu diluluskan, tetapi kerana kita berfikir sekiranya jawatankuasa MA63 bersetuju memberikan kita royalti 20%, jadi tidak perlulah dikenakan cukai 5% itu.

Beliau berkata, terhentinya perbincangan mengenai MAS63 selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih Putrajaya menyebabkan Shafie tiada pilihan lain.-FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top