Sarifuddin Berhasrat Pertahan DUN Merotai

sarifuddin-1.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Penyandang kerusi DUN Merotai Sarifuddin Hatta akan berusaha mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang kerana sebagai anak jati Merotai beliau berhasrat untuk meneruskan apa yang telah dirancangnya untuk pembangunan kawasan itu.

Borneo Today melaporkan Sarifuddin dengan itu juga menafikan bahawa beliau akan bertanding di DUN Tanjung Batu dan Sebatik.

” Saya sudah mempunyai banyak perancangan pembangunan di Merotai untuk tempoh lima tahun dan sebahagiannya bakal dilaksanakan,” katanya yang juga bekas pembantu menteri kewangan Sabah.

Menurutnya, antara agenda pembangunan yang menunggu masa dilaksanakan adalah mewujudkan Pekan Merotai yang akan bermula tahun depan iaitu dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Sementara itu, berhubung laporan polis yang dibuat Pegawai Kemajuan Masyarakat (PKM) di DUN Balung, Tanjung Batu dan Sebatik, kelmarin yang mendakwa belum mendapat bayaran projek di kawasan masing-masing, Sarifuddin berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku.“Saya pernah menjelaskan sebelum ini, semua projek yang sudah diluluskan dan siap perlu dibayar,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Mengulas lanjut, bagi projek yang sudah disiapkan, bayaran tidak akan dikeluarkan sekiranya permohonan yang dikemukakan tidak lengkap dan mengikut prosedur ditetapkan.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku antara PKM di tiga DUN terbabit dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) kerana setakat ini DUN Merotai tidak berdepan masalah itu, malah semua bayaran mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top