Sarawak Benarkan Dine-in Mulai Hari Ini

kedai-makan-restaurant-dine-in-bernama-768x480-1.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING : Sarawak membenarkan pelanggan makan di dalam premis mulai hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) fasa kedua kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi perkhidmatan perlu sektor ekonomi peruncitan.

Jurucakap Sekretariat JPBN bagaimanapun berkata, hanya operator kedai makanan termasuk semua pekerja yang sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 dibenarkan untuk pelanggan makan dalam premis masing-masing.

Beliau berkata, JPBN Sarawak turut memberi amaran tegas kepada semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi supaya sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan dikenakan tindakan tegas jika gagal mematuhinya.

“Antara tindakan tegas itu ialah menutup serta-merta selama 14 hari jika berlaku penularan kes positif di premis yang dibenarkan beroperasi.

“Kos saringan dan sanitasi akan ditanggung oleh operator atau pemilik premis. Kompaun akan dikenakan jika operator atau pekerja gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

SOP terperinci operasi premis makan dan sektor ekonomi peruncitan dapat dimuat turun melalui laman web rasmi MLGH di https://mlgh.sarawak.gov.my.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top