SAPP Tolak Pendaftaran Automatik Pengundi 18

Richard-Yong-SAPP.jpg
Kongsi Bersama

 

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mencapai keputusan sebulat suara semasa mesyuarat Majlis Tertingginya menolak pendaftaran pengundi berusia 18 tahun secara automatik.

Timbalan Presiden merangkap Setiausaha Agungnya, Datuk Richard Yong berkata walaupun parti itu menyokong Undi18, ia mahu pendaftaran itu dilakukan secara manual.

Beliau berkata ini berikutan keadaan di Sabah di mana daftar pemilih diketahui tercemar dengan kehadiran pengundi hantu dan kewujudan kad pengenalan yang meragukan, selain kehadiran sejumlah besar pendatang tanpa izin di Sabah juga membimbangkan.

“Kami menyokong Undi18 untuk mengambil bahagian dalam sistem demokrasi tetapi kami tidak mahu kemungkinan proses demokrasi disalahgunakan,” kata Yong dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata Sabah belum bersedia untuk pendaftaran automatik selagi isu pengundi hantu, kad pengenalan yang meragukan dan pendatang tanpa izin belum diselesaikan.

Hak mengundi mesti dijaga agar rakyat dapat memilih kerajaan pilihan mereka, tambahnya.

“SAPP telah mendesak pengeluaran kad pengenalan Sabah sebagai penyelesaian utama untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan yang meragukan, kerana kad pengenalan Sabah akan dikeluarkan hanya kepada rakyat Malaysia tulen Sabah.

“Kami mahu SPR memberi taklimat kepada parti politik mengenai rancangan pelaksanaan dan kaedah bagaimana menjalankan pendaftaran pengundi baharu sebelum mereka mula melakukannya,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top