SAPP, STAR Anjur Sabah Day 2021

sabah-day.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah atau Sabah Day ke-58 (sejak 31 Ogos,1963) akan tetap dianjurkan secara hibrid pada 31 Ogos, walaupun harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Penganjur Sabah Day 2021, Japiril Suhaimin (duduk, tengah) yang mengunumkan ini berkata,

Gabenor Britain yang terakhir di Sabah, Sir William Goode telah menyatakan pada 28 Ogos 1963, bahawa Borneo Utara akan dikenali sebagai Sabah di mana negeri ini akan memerintah sendiri (Self-Government) dan merdeka pada 31 Ogos 1963 yang dikenali sebagai “Sabah Day”.

Bermula dari kesedaran dan semangat cinta akan tanah air, Sambutan Sabah Day pertama kali dianjurkan pada tahun 2015 oleh Gabungan Sabah, katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Secara kebetulan, pada tahun itu, saya adalah pengerusi penganjur sambutan yang diadakan di Kundasang,” tambah Japiril.

“Memahami pentingnya menegakkan fakta sejarah untuk generasi masa depan kita, ramai yang mengesyorkan agar Hari Sabah diwartakan sebagai cuti umum rasmi di Sabah pada setiap 31 Ogos. Sarawak telah mewartakan Hari Sarawak (Kemerdekaan Sarawak) setiap 22 Julai bermula pada tahun 2016.

“Memang, sekarang ini, ramai yang menganggap 31 Ogos disambut sebagai Hari Kebangsaan, berdasarkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 tetapi ini telah melenyapkan hakikat bahawa Sabah pernah menjadi negara merdeka pada 31 Ogos 1963. Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun ia hanya dirayakan secara sederhana melalui aplikasi Zoom kali ini dan peserta dijemput dari seluruh Sabah, namun sambutan tetap mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti melalui aplikasi Zoom masih boleh mendapatkan suapan langsung di Facebook,” tambahnya.

Antara tokoh penting yang akan berucap ialah Datuk Haji Mohamad Noor Mansor, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee.

“Semoga tahun depan Sabah Day akan diwartakan,” kata Japiril.-Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top