Sapawi YDP USIA Yang Baharu, Jamawi Menang Ketua Belia

sapawi-n-jamawi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dipilih menduduki kerusi Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang baharu dalam pemilihan pucuk pimpinan pertubuhan itu di sini, hari ini.

Sapawi yang menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mohammad Yusuf Apdal dan Datuk Sairin Karno berjaya memperoleh 135 undi, sembilan undi mengatasi saingan terdekatnya Mohammad Yusof.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua pula dimenangi oleh Abdul Hakim Gulam Hassan, manakala Ketua Wanita dimenangi Datuk Aminah Aching.

Bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar pula dipilih semula menduduki jawatan Ketua Belia. Dalam pemilihan itu Jamawi mendapat 178 undi, 42 undi mengatasi lawannya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top