Sandakan Ke Arah Bandar Raya: Banyak Faedah Menanti, Kata SAPP

richard-yong-sapp.jpg

Richard Yong (tiga dari kiri) bersama Shaiful Bahari (dua dari kiri), Lim Hanyue dari Persatuan Penjaja Sandakan (empat dari kiri), Kapitan Thomas Lau (lima dari kiri), Yong Vui Min (enam dari kiri) di Pasar Besar Sandakan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Sandakan dijangka mendapat lebih perhatian daripada kerajaan dalam usaha untuk menjadikannya bandar raya kedua di Sabah, kata Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Sandakan Datuk Richard Yong.

“Sandakan, yang merupakan bekas ibu negara Borneo Utara berpotensi memenuhi kriteria untuk layak menjadi bandar raya dan SAPP menyokong penuh usaha itu,” katanya.

Richard berkata kerajaan GRS boleh merancang dan memberi perhatian khusus kepada Sandakan sebagai bandar yang mempunyai kesan limpahan positif dari daerah berhampiran seperti Kinabatangan, Beluran dan Tongod. Ini seterusnya akan memberi manfaat yang besar dan membantu masyarakat setempat.

“Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin telah mengumumkan pada 8 Okt 2021 bahawa cadangan telah dikemukakan kepada kabinet untuk menaik taraf Sandakan sebagai sebuah bandar raya pada 22 Feb, 2022.

“Ini bermakna Sandakan, apabila ia menjadi bandar baharu, akan mendapat perhatian yang lebih dan khusus dalam pelbagai aspek pembangunan sosial ekonomi,” katanya.

Richard berkata Sandakan mempunyai warisan sejarah yang kaya, nilai budaya, perhutanan, alam sekitar dan pemuliharaan hidupan liar, serta sektor lain seperti pelancongan, minyak dan gas, dan pertanian mampan.

“Pemeliharaan dan peningkatan nilai sedia ada di samping pembangunan infrastruktur dan ekonomi akan menjadi kunci untuk membolehkan Sandakan maju lebih jauh.

“Sandakan dan daerah dalam bahagian itu akan bangkit dengan pantas dan menjadi lebih kukuh serta mempunyai masa depan yang lebih baik melalui transformasi ini,” kata Richard, yang juga Timbalan Presiden SAPP merangkap Setiausaha Agung, ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina SAPP Zon Sandakan 2022, di sini.

Sementara itu, Richard gembira dengan komitmen ahli SAPP di Sandakan.

“Ahli kami telah bekerjasama rapat dengan Unit Peneraju Pembangunan Masyarakat (UPPM) untuk menghulurkan bantuan demi bantuan semasa berdepan dengan cabaran memerangi pandemic Covid-19.

“Pasukan SAPP dengan pantas memberi respons kepada kehendak orang ramai, bekerjasama rapat dengan Majlis Perbandaran Sandakan; kami telah menyelesaikan pelbagai isu komuniti, membetulkan dan menaik taraf kemudahan awam, keselamatan dan infrastruktur, menganjurkan kempen derma darah dan sebagainya.

“Semasa lawatan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ke Sandakan pada April 2021, SAPP menekankan masalah tempat letak kereta di kawasan Sim Sim dan Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan lebih banyak ruang dan pembiayaan untuk penambahbaikan kawasan letak kereta. Beliau meluluskan peruntukan RM4.25 juta untuk Sandakan yang juga termasuk tempat letak kereta tambahan untuk Hospital Duchess of Kent,” katanya.

Menurut Richard, sekiranya diberi lebih banyak peranan dan penglibatan, pihaknya yakinpasukan SAPP akan dapat melakukan lebih banyak lagi dan menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk Sandakan.

“Sebagai sebuah parti politik, kami akan terus berkhidmat, tanpa mengira keputusan pilihan raya, kami tidak boleh mengecewakan rakyat,” tegas beliau.

Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran SAPP Zon Sandakan itu turut dihadiri wakil Dewan Perniagaan Sandakan, Bersatu, PAS, pimpinan MCA dan pelbagai persatuan.

Semasa di Sandakan Richard turut melawat Pasar Besar Sandakan dan kedai-kedai diiringi oleh naib pengerusi SAPP zon Sandakan Kapitan Dato’ Thomas Lau, naib pengerusi Saiful Bahari dan naib pengerusi Yong Vui Min untuk menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada komuniti perniagaan.

 

Berita asal: The Borneo Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top