Sana Masuk UPKO, Sini Masuk UPKO, Last-last Hampir K.O!

upkooo.jpg
Kongsi Bersama

Saya terkejut. Sangat-sangat terkejut. Madius Tangau kalah? Calon-calon UPKO lain, kecuali Ewon Bennedick, kalah? Mana mungkin.

Hampir setiap hari sepanjang tempoh berkempen saya terbaca berita UPKO mendapat suntikan baharu. Keluar STAR, masuk UPKO. Keluar PBS, masuk UPKO. Ada sebuah portal pro-UPKO, yang tidak mahu saya sebut namanya sebab takut mereka malu, tidak henti-henti menyiarkan berita seperti itu. Sana masuk UPKO, sini serah borang UPKO. Sana dua tiga puluh orang, sini dua tiga ratus.

Kerana banyaknya berita seperti itu saya pernah tertanya-tanya, berapa orang lagikah KDM di Sabah ini yang bukan ahli UPKO? Saya hampir sahaja terfikir selepas PRU ini habislah parti-parti KDM lain. Masing-masing tak boleh cari makan dah. Semuanya akan habis ‘ditelan’ oleh UPKO.

UPKO pun bukan main ghairah lagi. Saat-saat menjelang PRN semalam, keyakinan Tangau melepasi puncak Kinabalu. Malam tadi keadaannya berbeza. Mungkin sampai ke pagi dia terpaksa sembamkan muka ke bantal.

Dahulu, selepas PRU 14, dia boleh bawa sekolam kawan-kawannya melompat meninggalkan Barisan Nasional. Sekarang nak melompat apa lagi, dia sendiri sudah tidak berkaki.

Kesian dia…

Itu pun mujorlah menang di Kadamaian, boleh juga dianggap UPKO cuma kena TKO. Kalau tidak, dah tentu KO…

 

-Tamar Jeles

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top