Sambutan Setahun SMJ Pada 28 Sehingga 31 Mac

smj.jpg

KOTA KINABALU: Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) akan diadakan pada 28 sehingga 31 Mac ini.

Urusetia Penganjuran dalam satu kenyataan berkata, sambutan itu akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Lebih 1,000 pengunjung dijangka akan hadir semasa Sambutan Setahun SMJ dengan pelbagai pengisian menarik seperti Showcase Sabah Maju Jaya dan Career GIG-SMJ.

Showcase SMJ yang melibatkan 28 pempamer akan dibuka kepada orang awam bermula 28 sehingga 30 Mac, manakala Career GIG-SMJ akan diadakan pada 29 Mac yang menawarkan 2,500 peluang pekerjaan oleh majikan dari pelbagai sektor dan industri tempatan.

Selain itu, turut diadakan upacara Menandatangani  Memorandum of Understanding / Memorandum of Agreement antara kerajaan negeri dengan beberapa pihak berkepentingan, Eksekutif Forum (Sabah Maju Jaya-SOGDC), SMJ Evo Nite, Ekadasa Sabah Maju Jaya 2022, dan Majlis Epilog Ekadasa SMJ yang akan menutup tirai sambutan Setahun Hala Tuju SMJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top