Sambutan perayaan rapatkan hubungan masyarakat majmuk – Hajiji

CNY-Tuaran.jpg

Ketua Menteri diwakili oleh Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim, merasmikan Pesta Ang Pau di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.

Kongsi Bersama

TUARAN: Sambutan Pesta Ang Pau di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli di sini, Ahad lalu, berlangsung meriah dalam kalangan masyarakat majmuk di daerah ini walau berbeza bangsa dan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi sambutan kepelbagaian perayaan, penduduk berbilang kaum dan agama sekali gus berpeluang merapatkan hubungan mesra dan menjalinkan perasaan saling menghormati dalam kehidupan masyarakat.

Jelasnya, sudah tentu budaya itu sangat berharga untuk diterapkan dalam jiwa rakyat, khususnya generasi baharu, dalam memastikan keamanan dikekalkan.

“Barisan kepimpinan kerajaan negeri juga akan terus berusaha bagi memastikan keamanan dan ketenteraman yang dikecapi selama ini terus dipelihara.

“Semoga kehadiran tahun baru ini membawa lebih banyak kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat selain meningkatkan pelbagai sektor termasuk pelancongan, pelaburan serta pembangunan modal insan,” katanya.

Hajiji turut menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh penduduk kaum Cina menerusi video dipaparkan pada majlis itu.

Ketua Menteri diwakili oleh Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim, merasmikan pesta itu. Sementara itu, pengerusi penganjur, Lo Mui Lan berkata, pengunjung dari sekitar Tamparuli dan Tuaran dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik.

“Lebih 200 penduduk hadir bersama-sama meraikan Pesta Ang Pau yang dianjurkan sepuluh Persatuan Cina Daerah Tuaran.

“Antara aktiviti diadakan termasuk persembahan nyanyian dan tarian, muzik ukulele, tarian singa, sarkas dan akrobatik, tarian naga, silap mata serta cabutan bertuah,” katanya. – Penerangan Gagasan Rakyat

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top