Sambutan Kaamatan Daerah Penampang 12-14 Mei

kaamatan-penampang.jpg

Francis (tengah, depan) bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang.

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah pada 12 hingga 14 Mei depan.

Menurut Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong, pelbagai acara akan diadakan antaranya pameran pelbagai agensi swasta dan kerajaan, program Vaksinasi Covid-19, pertandingan sukan tradisi serta persembahan kebudayaan dan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator John Ambrose.

“Pertandingan Unduk Ngadau akan dilaksanakan di Buhavan Square pada 14 Mei, selain pertandingan Sugandoi pada 12 Mei di lokasi yang sama.

“Manakala Gala Night pula, akan dijalankan di International Technology and Commercial Centre (ITCC) Hall pada 13 Mei,” jelasnya ketika mempengerusikan mesyuarat sambutan pesta berkenaan di Pejabat Daerah Penampang.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Stanley Sikolis, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Noemi Dyena, OKK Charles Mosuil, PPM Moyog Joe Suleiman dan PPM Kapayan Lu Yen Tung.

Tambahnya, majlis berkenaan juga akan dihadiri Ahli Dewan Negara, Noraini Idris; ADUN N.25 Kapayan, Jannie Lasimbang serta ADUN 26 Moyog, Datuk Ignatius Dorell Leiking. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top