1. Mujurlah PRN Sabah berlangsung dalam ‘mood’ Covid-19. Maknanya pergerakan, walaupun bebas, tetap terikat kepada SOPnya.
2. Jika tidak tentu sekarang ini Sabah sedang meriah dengan banjir tukang kempen, tukang lobi, tukang perhati, tukang nyibuk dari Semenanjung.
3. Bukan yang UMNO/BN dan Bersatu sahaja. Yang dari PKR dan DAP pun samalah juga. Itu belum termasuk pemerhati bebas.
4. Berbanding dengan Sarawak, Sabah mempunyai daya tarikan yang lebih kepada segala jenis tukang dari Semenanjung.
5. Mungkin sebab di Sarawak parti-parti dari Semenanjung tidak begitu popular. Yang kuat sikit cuma DAP, yang lain macam teratai yang akarnya tak menjejak bumi.
6. Dari segi ekonomi kemasukan tukang-tukang dari Semenanjung ini menguntungkan. Itu pun kalau datang bawa duitlah, kalau datang nak ‘tarik’ duit, lain cerita.
7. Tak kisahlah. Kita dalam persekutuan yang sama. Cubit paha kiri, kalau paha kanan buat-buat bodoh pun, silap-silap penumbuk melayang ke muka.
8. Cuma saya terfikir satu perkara, apa kata untuk kali ini atau selepas ini, sesiapa yang datang nak berkempen di Sabah itu ditemuduga dulu secara lisan di airport. Tanya dia empat lima soalan pasal MA63 atau suruh dia senaraikan lima atau enam daripada Perkara 20.
9. Kalau lulus baru benarkan masuk berkempen.
10. Kepada yang lulus itu pula kena ingatkan, jaga adat dan budaya tempatan. Elakkan sebut isu agama dan kaum. Jangan serang peribadi. Jangan koyak poster atau gambar calon. Jangan buat provokasi melampau. Jangan berulang peristiwa Kimanis yang membawa insiden memalukan di KKIA. Jangan…
11. Kepada yang tak lulus, bagi saja pas pelancong. Mereka tak layak berkempen sebab tak faham susur galur negeri ini…
-TAMAR JELES