Soalan yang saya jadikan tajuk komentar ini datangnya dari seorang kawan. Orang UMNO. Tapi daripada mazhab yang tak berminat dengan geng kluster mahkamah.
“Aku tanya ni sebab aku tengok petang ni yang paling banyak bercakap tentang UMNO dan bagi pihak UMNO bukannya Zahid Hamidi tetapi Najib Razak.
“Najib yang jelaskan sebab-sebab kenapa UMNO perlu tinggalkan PN. (di sini) (dan di sini)
“Najib juga yang beritahu mesyuarat Biro Politik UMNO semalam tak bincangkan pun isu sokongan terhadap Anwar. (di sini)
“Najib macam tau serba serbi buah butir mesyuarat malam tadi. Dan dia bercakap macam dia masih presiden parti?”
“Zahid Hamidi mana?
“Takkan dia bersedih sebab pertemuannya dengan Yang Di-Pertuan Agong esok ditangguhkan?
“Takkan dia takut kena ‘potong corner’
“Atau dia pening kerana banyak sangat lagi soalan yang dia nak kena jawab di mahkamah?”
Saya cuma jawab, “Agaknya sebab dalam UMNO hirarki tak ambil kira jawatan dalam parti sahaja, tapi juga kedudukan lain di luar parti. Dalam kes Najib dan Zahid, Najib dan didapati bersalah oleh mahkamah dan sedang menanti proses rayuan, Zahid belum lagi. Jadi secara tak langsung, dalam bab itu pun Najib lebih senior. Jadi tak salah kalau sesekali dia ambil alih kerja Zahid.
-TAMAR JELES