SAMBIL NGOPI: Shafie Pening atau Saya Yang Pening?

boy-sitting-have-dizziness.jpg
Kongsi Bersama

1. Agak pening bila baca berita ‘Shafie Mahu Rakyat Bersepadu Tentukan Masa Depan Sabah’.

2. Mulanya baca tajuk, memang okay. Betullah tu, rakyat (Sabah) tentukan masa depan Sabah. Takkan nak harapkan rakyat Filipina, Pakistan, Indonesia dan sebagainya.

3. Tetapi pening mula datang bila baca ayat ini: ”Masa depan anak-anak Sabah bukan ditentukan oleh UMNO, BN, BERSATU, PCS ataupun STAR. Jangan biarkan masa depan Sabah ditentukan orang lain.”

4. Okaylah, maksud tersiratnya boleh difahami. UMNO, BN, BERSATU berakar umbi di Semenanjung. Tapi yang PCS dan STAR itu apa cerita? Bukankah itu pun parti tempatan juga?

5. Takkan sekarang ni tinggal Warisan sahaja yang jadi parti tempatan di Sabah, parti-parti lain semuanya bukan?

6. Dan kalau UMNO, BN, BERSATU tak okay, macam mana pula dengan DAP, PKR dan AMANAH? Sejak bila ketiga-tiganya made in Sabah?

7. Mungkinkah waktu berkata demikian Shafie tengah pening sampai tak perasan buah butirnya?

8. Atau mungkinkah dia pening sebab semalam Jo-Anna ada sebut ‘ketika pemerintahan era UMNO juga tidak menuntut isu MA63 ‘….Mungkinkah soalan itu menyebabkan Shafie teringat, rupa-rupanya waktu itu dia pun berada dalam UMNO – dan jadi orang penting, dan lama pula tu!

9. Mungkin…

 

TAMAR JELES

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top