SAMBIL NGOPI: PKR dan Kerusinya Yang Sikit…

kerusi.jpg

1. Semalam DS Anwar Ibrahim ingatkan parti-parti sekutu bahawa PKR bukan parti kecil.

2. Semalam juga Setiausaha Agung PKR, DS Saifuddin Nasution kata dalam agihan kerusi untuk PRN ni, PKR dapat jumlah yang sangat kecil.

3. Bunyinya macam PKR agak kecil hati.

4. Tapi rasanya benda macam tu tak menjadi masalah. Bagi pemimpin hebat macam Anwar, semua benda dia boleh selesaikan.

5. Kalau ada pun yang dia tak boleh selesai cuma bab bila agaknya nak dapat jadi PM.

6. Kita juga berharap Warisan berlaku adil kepada PKR. Janganlah kerana DS Shafie merasakan Anwar sekarang ni saingannya untuk kerusi perdana menteri, maka dia nak bergurau yang bukan-bukan.

7. Kasihan kat PKR. PRU lalu bertanding lapan, menang dua. Kali ini bagilah bertanding 16, mana tahu kut-kut menang empat!

TAMAR JELES

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top