Ini cerita lama.
Kira-kira 15 tahun yang silam ada orang kampung saya, umur 22, bujang, dihadap ke mahkamah kerana mencuri getah buku.
Dia dijatuhi hukuman penjara. Saya tak ingat berapa lama. Tapi bulan-bulan sahaja. Lima atau enam bulan macam tu.
Selepas keluar penjara, dia menghilang dari kampung. Berhijrah ke Kuala Lumpur. Kata emak bapanya, dia menyesal dan malu dengan apa yang berlaku. Dia kata, dia takut masyarakat tak boleh terima.
Sampai sekarang dia masih tak balik-balik.
Kalaulah saya terjumpa dengannya saya nak nasihatkan dia masuk UMNO.
Sebabnya? Anda cari sendirilah…
-TAMAR JELES
Komen