SAMBIL NGOPI: Nasib ‘Menyebelahi’ PKR Sabah…

PKR-SAbah.jpg
Kongsi Bersama

1. Semasa pembahagian kerusi untuk ditandingi dibuat sehari dua menjelang penamaan calon PRN Sabah 12 September lalu, PKR sedikit tersentap sebab hanya diberikan tujuh kerusi.

2. Sebelumnya ketua penerangan PKR Sabah telah pun umumkan PKR akan bertanding di 14 kerusi.

3. Alih tak alih, tak dapat 14, yang dapat cuma tujuh.

4. Waktu itu banyak suara-suara rungutan dalam PKR. Tetapi mujurnya Ketua PKR Sabah, Datuk Christina Liew pandai mengawal keadaan. Air yang mula nak keruh itu berjaya dijernihkan, kocak yang baru bermula berjaya ditenangkan.

5. Dalam hal ini semangat setiakawan PKR wajar dipuji. Patuh betul parti itu kepada Warisan.

6. Sekarang ini mungkin pemimpin-pemimpin PKR Sabah mengurut dada. Baru mereka terasa lega sebab hanya diberi tujuh kerusi.

7. Bayamgkan PKR diberi 14 kerusi, kemudian hanya menang dua kerusi macam semalam, di mana pemimpin-pemimpinnya nak letak muka.

8. Sudahlah pemimpin nombor satunya tak dapat-dapat jadi PM, di Sabah pula prestasinya tak naik-naik. Kesian la…

 

-Tamar Jeles

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top