Di laman Facebooknya, ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe seakan mempersoalkan tindakan Ketua Menteri, DSP Hajiji Noor tidak melantik Timbalan Ketua Menteri berbangsa Cina dalam kabinetnya.
Katanya, sebagaimana dilaporkan Borneo Today, lantikan tiga jawatan Timbalan Ketua Menteri dalam kabinet baharu itu langsung tidak mencerminkan kepelbagaian kaum yang ada di negeri ini.
Dia menambah kata Hajiji boleh melantik ADUN berbangsa Cina dalam Kabinetnya agar lantikan tradisi Timbalan Ketua Menteri berbangsa Cina berada dalam barisan Kabinet.
Semasa pemerintahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang berpegang kepada konsep ‘Unity’ atau perpaduan, lantikan Timbalan Ketua Menteri berbangsa Cina dikekalkan.
Demikianlah cara DAP berpolitik. Sentiasa putar belitkan isu.
Shafie lantik TKM Cina waktu tu sebab ada calon-calon Cina yang menang bertanding. Dari DAP, dari PKR, yang satu kelambu dengan Warisan.
Dia lantik DSP Madius Tangau jadi Adun kemudian jadikan TKM sebab Madius ‘membantu’ Warisan menubuhkan kerajaan selepas PRU 14.
Kes Hajiji berbeza. Dia tak pancing Adun-adun Cina DAP atau PKR untuk menyokong GRS, jadi dia tak terhutang budi apa-apa kepada mereka.
Kerajaan pimpinannya juga tidak mendapat sokongan pengundi Cina, jadi itu juga bermakna dia tak terhutang apa-apa kepada mereka.
Yang terhutang kepada pengundi Cina adalah DAP. Kerana sayangkan DAP, habis pemimpin-pemimpin Cina lain dihadiahkan kekalahan sehinggakan dua pemimpin besar LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Chin Su Phin hilang deposit.
Lu dapat undi, takkanlah nak bagi orang lain bayar harga? Manyak cantik…
–Tamar Jeles