Sambil Ngopi: Kira Undi, Kira Duit…

undi.jpg
Kongsi Bersama

1.Kalau trend yang kelihatan dua tiga hari ini berterusan, nampak gayanya SPR akan ‘buat duit’.

2. Sehari dua lepas ada PGRS umumkan akan bertanding di semua 73 DUN dalam PRN Sabah nanti.

3. Semalam LDP pula dikhabarkan akan bertanding lebih 40 DUN.

4. Tidak lama dahulu Parti Cinta Sabah membayangkan jika bukan semua pun ia akan meletakkan calon di lebih separuh daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

5. PBS juga khabarnya berhasrat akan bertanding lebih 30 kerusi.

6. Parti-parti yang bersekutu dengan BN dan PN pula mungkin tak boleh gelojoh sangat. Demikian jugalah dengan Warisan Plus.Kena pandai-pandai agihkan 73 kerusi yang ada itu.

7. Tetapi yang tak dapat agihan mungkin akan buat perangai. Jadi dijangkakan jumlah calon Bebas yang masuk gelanggang dalam PRN ini memang ramai, kalaupun bukan sangat ramai.

8. Dan jumlah calon yang akan hilang deposit pun rasa-rasanya ramai juga. Mungkin sangat ramai.

9. Selepas kira undi, jenuh kira duit la SPR…

 

-TAMAR JELES

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top