SAMBIL NGOPI: ‘Dr Mujahid, Jom Baca Buku Penggembala Biri-biri Dan Serigala’

mujahid.jpeg
Kongsi Bersama

1. Lama tak dengar suara Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

2. Hari ni dia muncul menjelaskan beberapa asas kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah menghadap Yang Di-Pertuan Agong.

3. Antara lain katanya, untuk membentuk kerajaan yang memiliki majoriti kukuh selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai pasukan yang sangat rapuh ketika negara berdepan krisis.

4. Mungkin betul, kerajaan sekarang ini rapuh. Tetapi hakikatnya, ia taklah seteruk kerajaan PH tempoh hari, yang bercelaru macam tak ada hala tuju.

5. Tapi biarkanlah Mujahid bercakap. Kekanda kita tu tengah bersemangat. Mungkin tak sabar nak jadi menteri semula.

6. Nasihat saya cuma satu, sementara menunggu Selasa ni rajin-rajinlah baca buku cerita ‘Penggembala Biri-biri Dan Serigala’. Best buku tu…

 

-Tamar Jeles

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top