1. Kali terakhir calon-calon Bebas dilantik dalam kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri berlaku pada tahun 1982.
2. Pada PRU 1982 parti Berjaya dan USNO kedua-duanya komponen BN. Berjaya menaja calon Bebas secara terbuka menentang calon BN (USNO). Datuk Yahaya Lampong di parlimen Kota Belud dan Datuk Abdillah Hamid di parlimen Semporna dan beberapa kawasan lain seperti Jambongan (Tan Sri Ampong Puyon).
3. Setelah menang Yahaya Lampong dilantik timbalan menteri pembangunan luar bandar (sekarang KKLW) di bawah TS Sanusi Junid.
4. Dalam PRN Sabah baru-baru ini calon-calon Bebas menggunakan slogan ” mesra PN”. Terbukti slogan itu benar. 3 calon Bebas ‘mesra PN’ itu berjaya menewaskan calon-calon BN di 3 kawasan.
5. Semasa PRN kedudukan calon-calon Bebas yang menggunakan slogan itu masih diragui sama ada betul PN “bersama” mereka atau sebaliknya mereka cuma pandai-pandai sendiri menggunakan nama PN.
6. Hari ini bila ada antara Adun Bebas itu dilantik dalam kabinet, maka ia seolah-olah mengesahkan bahawa memang benar PN di. belakang calon Bebas. Sayugia diingat KM Sabah adalah Pengerusi PPBM Sabah dan PPBM pula tonggak utama PN.
7. Jadi, kalau benar PN di belakang adun-adun Bebas yang dilantik dalam kabinet itu bermakna ada pihak dah kena ‘jual’ semasa PRN lalu. Tahniah la ye… Hahaha…
–Tamar Jeles