1. Imejnya di Parlimen jelas; lantang, garang, kadang-kadang kalut dan kadang-kadang loqlaq kata orang utara Semenanjung.
2. Tetapi kata orang Kinabatangan, di luar dia berbeza. Susah juga nak percaya.
3. Namun selepas memerhati kelaku gelagatnya dari jauh semenjak dua menjak ini terasa cakap mereka itu banyak benarnya.
4. Apabila ada kawan-kawan yang tak berapa selesa dengan pelantikannya mengetuai jentera BN Sabah dalam menghadapi PRN, dia tetap ‘cool’.
5. Tak ada reaksi balas yang menyakiti hati sesiapa. Tak ada kenyataan bukan-bukan, yang kemudiannya ditutup dengan kenyataan lain yang berbunyi ‘media salah lapor’ atau ‘media salah petik’.
6. Sekarang dia berdepan kerumitan dalam rundingan pengagihan kerusi dengan rakan-rakan dalam BN dan dalam PN. Semua orang boleh bayangkan payahnya. Tetapi dia tetap tenang, Tak nampak stressnya, yang nampak cuma ikhlasnya.
7.Pandangan manusia selalunya streotaip. Kalau jeneral perang mesti keras, mesti tegas, mesti sedikit garang.
9. Tetapi dalam perang politik menjelang PRU yang sedang berlaku di Sabah sekarang, kita tak perlukan watak seperti itu. Ia hanya akan menambahkan celaru.
10. Yang diperlukan seorang yang tenang, tidak mudah diprovok, tidak beretorik dan tahu apa yang dilakukannya.
11. Kualiti itu ada pada Datuk Seri Bung Moktar Radin. Dia mungkin tak ada geran tanah untuk diagih-agihkan, tetapi dia ada keikhlasan untuk dikongsi.
12. Dan jika rakan-rakan pembangkang lain mempunyai keikhlasan yang sama, tidak ada sebab Sabah tidak mendapat kerajaan baharu selepas 26 September ini.
TAMAR JELES