SAMBIL NGOPI: Betul Ke Cerita Ni, PKR?

cbcf4ae5397fca9709c1e64826f9a575.jpegs660.jpg
Kongsi Bersama

Khabarnya, Parti Warisan Sabah akan bertanding 47 kerusi pada PRN ini. Lebih dua kerusi daripada yang ditandinginya pada PRU 14.

12 kerusi lagi diperuntukkan kepada UPKO.

Tujuh kerusi untuk DAP.

Tujuh lagi untuk PKR.

Amanah? Dengar kata tak ada dalam senarai. Sama ada yang buat senarai terlupa atau dilupakan, tak tahulah pula.

Tapi itu tak penting. Pejuang tulen tak kisah sangat bab-bab kerusi ni.

Yang membingungkan sikit tu tentang PKR. Sejak malam tadi riuh rendah kata PKR diperuntukkan 14 kerusi. Tapi cerita yang sampai pagi ini lain pula.

Dikhabarkan, yang betulnya memang PKR diberi tujuh kerusi sahaja. Yang tujuh lagi tu PKR nak bertanding atas kapasitinya sendiri.

Maknanya calon PKR di kerusi-kerusi berkenaan akan bertembung dengan sama ada calon Warisan, atau calon UPKO atau calon DAP. Demikianlah ceritanya…

Wallahu a’lam.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman rasminya nanti…

 

-TAMAR JELES

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top