SAMBIL NGOPI: Berita Baik Untuk Calon Warisan Plus

shafie-3.jpg
Kongsi Bersama

Oleh:Tamar Jeles

1. Makin bersemangatlah agaknya calon-calon Warisan Plus turun ke gelanggang untuk menghadapi PRN 26 September nanti sebab sekurang-kurangnya ada dua jawatan menteri kosong sedang menanti mereka yang menang.

2. Ini berikutan kenyataan ketua menteri sementara, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata, dua kementerian baharu akan diwujudkan jika pihaknya kembali menubuhkan kerajaan selepas PRN nanti.

3. Shafie berkata demikian di Majlis Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah Yang Ke-5, di Teluk Likas semalam.

4. Menurutnya, dua kementerian baharu itu diwujudkan untuk melonjakkan lagi pentadbiran dan pembangunan dalam pelbagai bidang di negeri itu.

5. Jadi kepada mana-mana calon Warisan Plus yang berangan-angan ‘pasukan’ akan menang, bolehlah juga berangan-angan untuk mengisi kekosongan di kementerian baharu itu. Kalau tak dapat jadi menteri, dapat jadi pembantu menteri pun jadilah.

6. Tetapi ada kawan berpesan, calon-calon dari pantai barat Sabah, kurangkan sikit angan-angan itu. Calon dari pantai timur pula, kalau nak gandakan angan-angan itu pun boleh. No problem.

7. Apa sebab dia berpesan begitu, tidaklah diketahui…

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top