SAMBIL NGOPI: Berapa Ratus Kerusi Baru Nak Cukup?

nghopi.jpg
Kongsi Bersama

1. Lawak juga bila tengok hawa nafsu parti-parti yang nak bertanding dalam PRN Sabah ni.

2. Yang turun padang secara solo, nak letak calon di semua kerusi ke, 45 kerusi ke, 40 kerusi ke, terpulanglah. Ada banyak cara nak menyumbang kepada negara, salah satu adalah dengan membiarkan duit deposit hilang!

3. Yang jadi masalah tu parti-parti yang turun secara bergabung. Sama ada sebagai satu gabungan atau sebagai sekutu.

4. Baik di sebelah BN/PN, mahupun di sebelah Warisan Plus. Kebanyakannya hendakkan kerusi sebanyak yang boleh. Sebagai contoh, di sebelah sana PKR minta 25, di sebelah sini PBS berhajatkan 30.

5. Yang lain-lain pun ada hajatnya dan kebanyakannya tak sikit. Semuanya main dua angka.

6. Kerusi yang ada cuma 73. Kalau semua pihak nak banyak, dah tentu la celaru.

7. Tapi percayalah, kalau ditambah kerusi tu jadi beratus-ratus pun masalah tetap ada. Yang diminta tetap bertambah banyak. Lebih-lebih lagi kalau kerusi baharu. Yang asyik hilang deposit seumur hidup pun tetap akan rasa boleh menang.

8. Apa pun tahniah pada UMNO dan Bersatu yang setakat ini nampaknya dapat berunding dengan baik dan tenang.

9. Tahniah juga kepada Warisan yang khabarnya akan mendapat bahagian kek yang sangat besar.

 

-TAMAR JELES

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top