SAMBIL NGOPI: Bagi La Chance Orang Sabah Fikir Sendiri

peti.jpg
Kongsi Bersama

1. Ada macam-macam suara dari Semenanjung yang memberikan bermacam-macam cadangan kepada kerajaan baharu Sabah sekarang.

2. Ada yang cadangkan supaya PAS diberi tempat dalam kabinet.

3. Ada yang bagi pendapat tidak perlu bagi tempat kepada etnik Cina dalam kabinet, sesuai dengan penolakan pengundi Cina terhadap calon-calon Cina Gabungan Rakyat Sabah.

4. Bekas perdana menteri, DS Najib Razak juga tidak ketinggalan memberi cadangan tentang lima perkara yang patut kerajaan baharu Sabah berikan tumpuan.

5. Cadangan-cadangan itu bagus. Tetapi ia menunjukkan satu perkara bahawa masih ramai orang Semenanjung yang tidak faham dengan kehendak politik orang Sabah.

6. Salah satu sebab kenapa UMNO/BN – dan rasa-rasanya BERSATU juga – gagal memperoleh sokongan ‘solid’ daripada pengundi ialah hakikat bahawa masih ramai rakyat Sabah yang tidak mahu dilihat ‘bertuan’kan Semenanjung.

7. Sepatutnya perkara ini direnung betul-betul oleh para pemimpin di Semenanjung. Jaga mulut, jaga gerak laku. Jangan sampai menampakkan mereka menyibuk di negeri orang.

8. Bagi peluang kepada rakyat Sabah buat keputusan sendiri. Tak perlu gopoh-gapah memberi cadangan. Lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan UMNO. Harus diingat, UMNO Sabah ada autonominya. Jangan sampai orang kata, autonomi apa kalau asyik kena dengar suara-suara dari Kuala Lumpur.

9. Bukan tak boleh bagi pendapat dan cadangan. Bukan orang Sabah tak alu-alukan. Tetapi tak payahlah terlalu beria-ia sehingga menampakkan seolah-olah kita sahaja yang pandai…

 

Oleh: Tamar Jeles

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top