Pernahkah anda terjumpa seseorang yang seiras anda, memiliki hobi yang sama dan tinggal di kawasan yang hampir sama? Soalan ini tidak perlu dijawab oleh mereka yang kembar seiras.
Bagi kebanyakan orang, ia perkara yang payah terjadi. Mungkin satu dalam sejuta, atau dalam beberapa juta.
Tetapi itulah yang terjadi kepada dua lelaki yang bernama Mark Garland baru-baru ini, yang mendapati mereka berada dalam penerbangan yang sama menuju ke Bangkok.
Kekeliruan bermula apabila Mark Garland, 58, seorang pemandu bas diberitahu dia telah mendaftar masuk di Lapangan Terbang Heathrow. Selepas tertangguh sejurus untuk pengesahan baru dia menyeari ada seorang lelaki lain bernama Mark Garland, 62, seorang kontraktor, dalam penerbangan itu.
Apa yang memeranjatkan kedua-dua Mark Garland itu mereka bukan sahaja sama-sama berkepala botak, tetapi juga mempunyai raut wajah yang tidak jauh berbeza.
Mereka duduk bersebelahan dalam penerbangan yang mengambil masa 11 jam setengah. Di situ mereka menemui lebih banyak persamaan. Rupa-rupanya jarak tempat tinggal mereka di England hanya 24km, dan Garland yang lebih tua pernah beberapa kali naik bas yang dipandu oleh Garland yang muda.
Selain daripada itu mereka berdua sama-sama berstatus bapa tunggal, dan berkongsi rakan yang sering mengunjungi pub yang sama.
Pertemuan yang luar biasa ini telah menyebabkan kedua-dua Mark tertanya-tanya tentang kemungkinan dan kemungkinan yang menanti mereka selepas ini.