Salleh zahir harapan Sabah diberi autonomi dalam erti kata sebenar suatu ketika nanti

SSK-2.jpg

DSP Dr Salleh Tun Said

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan harapan agar suatu hari nanti Sabah diberi kuasa autonomi dalam erti kata yang sebenarnya.

Beliau yang juga Adun Usukan turut menaruh harapan agar orang Sabah tidak lagi menjadi penumpang dalam negeri mereka sendiri.

Menurut Salleh, jika dibandingkan keadaan Sabah sewaktu merdeka dengan sekarang, terdapat banyak perubahannya.

“Namun masih banyak usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Sabah sebuah negeri yang kita banggakan,” katanya dalam video pendek yang dimuatkan di Facebook ‘Sabah Way Forward’ (https://www.facebook.com/share/v/rGu92YLAtsxvHDB7/?mibextid=oFDknk)

Mengenai hal tuju negeri ini, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata Sabah wajar mempunyai prasarana yang boleh dibanggakan.

“Kita juga mahu melihat Sabah menyediakan peluang-peluang pekerjaaan dan peluang ekonomi kepada rakyatnya.

“Sebaiknya rakyat tidak lagi perlu berhijrah ke luar negara jika mereka ingin berkhidmat di sini… kalaupun mereka ingin berkhidmat di luar negara bukan disebabkan kerajaan tiada pekerjaan tetapi kerana mereka ingin menimba pengalaman dan juga ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top