Salleh turun padang melawat mangsa kebakaran di Kampung Kuala Abai

SSK.jpg

Dr Salleh bertanya khabar dan meninjau keadaan salah seorang mangsa.

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: ADUN Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak turun padang melawat mangsa kebakaran di Kampung Kuala Abai dekat sini semalam.

Bekas ketua menteri Sabah itu yang cakna dengan keadaan mangsa yang kehilangan rumah itu telah menzahirkan rasa simpati dan berjanji untuk memastikan keluarga yang terkesan mendapat bantuan sewajarnya.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang semalam, lebih 10 buah rumah separuh kekal musnah sepenuhnya.

Jumlah mangsa kebakaran itu mencecah angka 239 orang daripada 54 keluarga.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala jumlah kerugian masih belum diketahui.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top