Salleh sumbang kepala singa kepada Persatuan Tiong Hwa Kota Belud

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bermurah hati menyumbangkan kepala singa kepada persatuan Chung Hwa bagi pasukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan tidak lama lagi.

Salleh yang juga Adun Usukan menyerahkan kepala singa itu kepada kapitan Cina Datuk Lim Bun Poo dalam satu majlis di Persatuan Tiong Hwa Kota Belud, dekat sin pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu ialah bekas kapitan Cina Datuk Andy Chua dan AJK Persatuan Chua Hwa.

Tarian singa atau “wu shi” dalam bahasa Mandarin boleh dianggap sebagai antara pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina kerana kaum Tionghoa percaya tarian itu membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di kediaman atau premis perniagaan masing-masing.

Diiringi paluan gendang dan gong serta lagaan simbal, penari-penari di sebalik kostum singa atau naga menunjukkan ketangkasan melakukan pelbagai aksi akrobatik yang sering memukau perhatian penonton. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top