Salleh sokong usaha Anwar, Azam banteras rasuah

ssk.jpg

KOTA KINABALUA; Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr  Salleh Said Keruak menyokong kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bahawa usaha membanteras jenayah itu tidak boleh dilakukan semata-mata dengan menaikkan gaji penjawat awam.

Dalam hantarannya di Facebook Salleh berkata, amalan rasuah membabitkan mereka yang tamak, tiada jati diri dan tidak berintegriti.

“Mereka ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada penjawat awam.

“Majoriti mereka (penjawat awam) adalah jujur dan juga takut kepada Tuhan, tetapi jika kita tidak membuang yang rosak maka ia mungkin merebak seperti barah,” kata beliau, yang juga ADUN Usukan.

Dalam hantaran itu Salleh turut memuji pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azam untuk mencegah rasuah demi kepentingan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top