Salleh mahu kerajaan pertingkat ketelusan dalam program e-Kasih

SSK-1.jpg

(Gambar fail)

KOTA KINABALU: ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mencadangkan agar kerajaan memantapkan lagi ketelusan dalam pelaksanaan program e-Kasih termasuk mempamerkan senarai nama penerima e-Kasih secara terbuka.

Beliau berkata ini bagi memastikan hanya rakyat yang layak, menerima bantuan e-Kasih.

Salleh menekankan pentingnya mengemas kini senarai e-Kasih secara berkala bagi menjamin perkhidmatan tersebut sampai kepada semua individu yang layak.

“Proses pengemaskinian ini penting bagi membolehkan kerajaan menilai ketelusan dan integriti penduduk kampung,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika membahaskan dasar kerajaan 2024 pada PersidanganDewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Selain itu, beliau menekankan kepentingan mewujudkan lebih ramai individu berpendapatan sederhana di negeri ini.

Menurut Salleh, golongan berpendapatan sederhana memainkan peranan penting dalam dalam merangsang ekonomi negeri.

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri memperhebat pembinaan projek rumah mampu milik selain menyediakan dana yang diperlukan untuk menjayakan program 1Komuniti 1Produk.

Salleh menegaskan bahawa inisiatif itu akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk, khususnya dalam jangka panjang.

Salleh turut menyatakan harapannya bahawa kerajaan Persekutuan akan memberikan Sabah kuasa autonomi dalam soal pengurusan kesihatan dan pendidikan, seperti yang dinikmati di negeri jiran Sarawak. – Jesselton Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top