Salleh gesa kerajaan Sabah ambil langkah transformasi drastik kurangkan kadar pengangguran

SSK-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa mengambil pelbagai langkah transformasi ekonomi yang drastik bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini penting kerana kadar pengangguran negeri Sabah hanya menurun sedikit kepada 7.9% berbanding kadar pengangguran nasional Malaysia yang diunjurkan pada 3.2% tahun ini.

“Statistik ini menunjukkan keperluan mendesak untuk langkah-langkah transformasi ekonomi yang lebih berani,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sabah 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Menurutnya bagi menjamin masa depan Sabah yang lebih cerah, kerajaan perlu membina asas itu dengan memperkenalkan dasar-dasar transformasi yang berani dan strategik.

Ini termasuk menangani kelemahan infrastruktur kritikal seperti air, elektrik, dan logistik, menerapkan pendigitalan melalui pelan bandar pintar dan sokongan kepada ekosistem startup, katanya.

Salleh berkata selain itu, terdapat juga keperluan mempromosikan tenaga lestari seperti solar dan hidrogen, memperkukuhkan sektor penjagaan kesihatan dengan fokus kepada masyarakat yang semakin menua.

Katanya, ia juga wajar diiringi usaha membuka potensi ekonomi biru melalui industri maritim dan perikanan moden, sekali gus membantu Sabah mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top