Salleh diumum calon BN DUN Usukan pada PRN ke-17

ssk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan DUN Usukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 yang akan datang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika berucap merasmikan program Gerak 17 UMNO Sabah bagi kawasan DUN Usukan pada Sabtu.

Setakat ini, Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah merupakan calon kedua yang sudah diumumkan sebagai calon BN bagi menghadapi PRN akan datang.

Sebelum ini, Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed telahpun diumumkan sebagai calon BN bagi kawasan DUN Tanjung Keramat.

Menurut Bung yang juga Ketua UMNO Sabah, pemilihan Salleh memenuhi keteria yang diperlukan selain memenuhi aspirasi rakyat di kawasan Usukan yang mahukan Salleh terus dikekalkan.

“Beliau telah menaburkan bakti serta sumbangan besar kepada parti dan rakyat khususnya di kawasan ini, dan merupakan pilihan rakyat di kawasan itu,” katanya.

Bung berkata, Dun Usukan merupakan tempat kelahiran UMNO di Sabah melalui PRK pada 11 Mei 1991 apabila calon UMNO Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun memenangi kawasan tersebut.

Katanya, sebagai anak sulung kelahiran UMNO di Sabah, rakyat Usukan perlu bangkit mengembalikan memontum tersebut bagi memastikan bukan sahaja DUN Usukan akan dipertahankan pada PRN akan datang malah DUN Tempasuk yang sebelum ini merupakan kerusi UMNO perlu dikembalikan maruahnya.

Sehubungan itu, Bung mengajak rakyat khususnya ahli-ahli UMNO di DUN Usukan supaya bersatu, bekerja satu pasukan dan memastikan segala gerak kerja dan strategi dilaksanakan dwngqn baik, sekali gus memastikan kemenangan BN dalam PRN akan datang.

“Hampir lima tahun kerajaan yang ada pada hari ini mentadbir Sabah, kegagalan demi kegagalan terus menghantui rakyat di negeri ini terutama dalam penyediaan insfrastruktur asas dan masalah kemiskinan yang menghimpit kehidupan rakyat,” katanya.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kerajaan hari ini enggan megakui kegagalan mereka, sehingga menyalahkan orang lain terutamanya Barisan Nasional dimana mereka lupa satu ketika mereka juga berada di dalam BN/UMNO dan turut merasai nikmat yang mereka peroleho dari diberikan BN/UMNO.

“PRN kali ini adalah masa terbaik bagi rakyat Sabah membuat pilihan yang bijak, rakyat seharusnya tidak lagi terpedaya dengan segala slogan yang hanya gah di dengar namun pelaksanaannya kosong,” katanya.

Sehubungan itu, Bung berkata BN memerlukan mandat rakyat Sabah pada PRN akan datang untuk mengembalikan kestabilan politik agar agenda pembangunan untuk kesejehteraan rakyat dapat dilaksanakan. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top