KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak rakyat supaya menghayati semangat Hari Kebangsaan dan Hari Sabah sebagai tanda penghargaan terhadap sejarah dan budaya Sabah.
Beliau berkata perayaan berganda itu berperanan penting memperkukuhkan identiti sebagai rakyat Malaysia yang bangga dan bersatupadu.
Salleh yang juga Adun Usukan turut menekankan pentingnya perpaduan antara kaum sebagai asas kepada kemakmuran dan kestabilan negara.
Salleh berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Perpaduan dan Semangat Kemerdekaan di Kampung Pirasan, dekat sini pada Jumaat.
Beliau juga mengajak penduduk menghayati erti sebenar Hari Kemerdekaan, iaitu kebebasan dan kedaulatan yang diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan.
Salleh menggesa agar semangat itu diteruskan oleh generasi muda agar Malaysia terus maju sebagai sebuah negara berdaulat. – Jesselton Times