Salleh Adakan Sesi Virtual Kaamatan SSK Petang Ini

ssk-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak akan mengadakan sesi Virtual Kaamatan SSK bersama rakan-rakan di aplikasi Zoom Video pada petang ini.

Program itu bertujuan memeriahkan perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap bulan Mei di Sabah.

Acara kemuncak Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah disambut pada 30 dan 31 Mei.

Berbeza dengan sambutan Pesta Kaamatan Sebelum ini, tahun ini perayaan itu diraikan secara maya susulan pandemik Covid-19 yang kini melanda negara, termasuk di Sabah.

Dalam hantaran terbaharu di media sosial, Salleh yang juga Adun Usukan mempelawa
rakan-rakan media sosial turut serta bersama menjayakan sesi Virtual Kaamatan SSK.

Beliau berkata walaupun Kaamatan diraikan secara maya atau tanpa sempadan namun ia bukan halangan untuk memupuk silaturahim.

“Ianya merupakan gantian konsep Rumah Terbuka dalam norma baharu,” katanya.

Kepada yang berkelapangan menyertai program itu, mereka boleh meraikan perayaan Pesta Kaamatan pada masa dan tarikh yang tertera dengan mengklik link di bawah:

https://us02web.zoom.us/j/86290324715pwd=S0Y2enJwanBSc2grN3pwUU5OVVp5QT09

Meeting ID: 862 9032 4715
Passcode: 8280

Masa : 4.30 pm – 5.30 pm
Tarikh : 30/01/2021 (Ahad)


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top