KOTA KINABALU: Polis mencari tiga individu berusia 11, 15 dan 40 tahun yang menjadi mangsa dan saksi dalam perbicaraan membabitkan kes penderaan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Timbalan Ketua Polis Bandaraya, Superintendan George Abd Rakman, berkata ketiga-tiga mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan yang dijadualkan pada 17 Januari ini.
“Individu yang dicari ialah Ferosa Majid dengan alamat terakhir di Sandakan, manakala dua lagi ialah Bella Isabella Rizuan (gambar) dan Rizuan Ribot yang tinggal di Kg Batu 4, Jalan Apas, Tawau.
“Sesiapa yang mengetahui lokasi mereka diminta menghubungi Inspektor Kasinam Kadri dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada talian 014-3522826,” katanya. – Daily Express