BERHENTI …KETAWALAH, MUNTAHLAH. MENANGISLAH!
UMNO kata tak tolak kemungkinan bekerjasama dengan PH
Termasuk DAP tentunya
Demi Perak katanya,
DAP kata tak kisah bekerjasama dengan UMNO
Demi rakyat katanya.
(Berhenti sekejap. Ketawa dahulu)
Esok lusa kalau terjadi
Tengok di longkang sebelah sini
UMNO sedang menjilat ludahnya,
Di parit sebelah sana
DAP sedang menghirup kahaknya.
(Berhenti sekejap. Muntah dahulu).
Itu dinamika politik namanya
Bukan, bukan pelacur
Yang mengangkang kepada sesiapa sahaja
Diulangi; itu dinamik namanya.
(Berhenti sekejap. Muntah lagi).
Selepas ini kalau terjadi
UMNO kena berhenti bercakap tentang Melayu
Atau tentang abu Chin Peng
DAP pula jangan menyanyi lagu kleptokrat
Tetapi boleh terus bersuara
Tentang Malaysian Malaysia
Atau tentang sama rata sama rasa.
(Berhenti sekejap. Ketawa lagi).
Selepas ini kalau terjadi
Berhentilah bercakap tentang prinsip
Berpegang tanganlah naik ke katil
Berzinalah di padang lapang
—mudah-mudahan
Kamu mendapat anak yang salah!
(Berhenti. Menangislah!)
-JEANBARA
Tengah Hari (…dan tengah panas)
6/12/2020