KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan akan kembali ke gelanggang dan merebut semula jawatan yang pernah disandangnya dari tahun 2009 hingga 2018 itu.
Beliau dilaporkan telah menghantar borang pencalonannya menerusi wakilnya Suhana Zam.
Suhana mengesahkan telah menyerahkan borang di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pagi tadi.
Laporan media menyebut Shahrizat berkata beliau menawarkan diri bertanding atas permintaan penyokong-penyokongnya.
Bekas menteri itu juga memberitahu New Straits Times visinya adalah untuk mengukuhkan pergerakan itu dan melebarkan sayapnya.
Komen