Sah! 2 Bekas ADUN DAP Sertai Warisan

DAP-join-warisan.jpg

Presiden Warisan Shafie Apdal (tengah) menerima borang keahlian daripada Justin Wong (kiri) dan Calvin Chong (kanan).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah Justin Wong dan Calvin Chong yang sebelum ini meninggalkan DAP secara rasminya menyertai Warisan hari ini.

Justin, yang mewakili kawasan Sri Tanjong dan ADUN Elopura, Calvin meninggalkan DAP pada 20 Jan.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, hari ini adalah hari yang penting bagi parti itu kerana ia selaras dengan matlamatnya untuk memperkukuhkan kedudukan di negeri ini .

“Kita bukan parti bersama kerajaan atau yang boleh menawarkan projek tetapi mereka memilih untuk menyertai kita kerana merasakan Warisan adalah platform terbaik untuk memperjuangkan hak Sabah,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top