SAFMA hentikan sementara operasi kapal, pemunggahan hasil laut selama tujuh hari

safma.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) akan menghentikan sementara operasi kapal dan pemunggahan hasil laut selama 7 hari bermula 24 hingga 30 Jun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan premis SAFMA.

Pengurus Besar SAFMA, Syed Mohd Hamizan Roslan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata usaha terbabit merupakan langkah mandatori daripada pihaknya demi memastikan kesejahteraan dan keselesaan pengguna premis dan fasiliti SAFMA di masa hadapan.

“Untuk sementara waktu, operasi kapal dan pemunggahan hasil laut akan berpindah ke kawasan Sepanggar.

“Segala kesulitan yang dialami oleh semua sepanjang tempoh proses ini amatlah dikesali,” katanya dalam kenyataan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top