SAFMA buka peluang kepada peruncit tempatan sertai ‘Program Ikan Rakyat’

Syed-Hamizan-Safma.jpg

Syed Hamizan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemasaran Ikan Sabah Sendirian Berhad (SAFMA) mengumumkan pembukaan tawaran kepada peruncit tempatan, khususnya di kawasan pedalaman, untuk mendapatkan bekalan ikan murah di bawah Program Ikan Rakyat.

Program ini menawarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga istimewa, iaitu RM6.99 sekilogram, bagi membantu pengguna mendapatkan sumber protein yang berkualiti pada kadar yang mampu milik.

Pengurus Besar SAFMA, Syed Mohd Hamizan Roslan berkata inisiatif ini juga diharap dapat meningkatkan keterlibatan peruncit tempatan dalam rangkaian bekalan makanan laut, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Katanya program ini akan memberi manfaat kepada pengguna di kawasan pedalaman yang sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan bekalan ikan segar dengan harga berpatutan.

“Dengan inisiatif ini, SAFMA terus komited dalam usaha memastikan bekalan makanan laut yang berkualiti dan mampu milik dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Sabah.

“Kami juga berharap program ini dapat memberi peluang kepada peruncit tempatan untuk memperluaskan perniagaan mereka sambil membantu masyarakat mendapatkan ikan segar dengan harga yang lebih rendah,” ujar beliau.

Peruncit yang berminat untuk menyertai Program Ikan Rakyat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi pegawai SAFMA, Owen di talian 014-370 3317. – NABALU NEWS

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top